Monday 7 March 2011

Pastore Makin Hampir Sertai United


Pemain muda berbakat besar dari Argentina, Javier Pastore dikatakan semakin hampirr untuk sertai kelab gergasi England, Manchester United. Ini berdasarkan laporan yang diterima dari Argentina. Pastore yang berusia 21 tahun kini beraksi bersama kelab Itali, Palermo dan United dikatakan telah menawarkan Palermo sebanyak 40juta Euro bagi mendapatkannya. Pastore bagaimanapun pernah menyatakan sebelum ini bahawa beliau teringin untuk beraksi bersama Lionel Messi di Barcelona. Pastore telah menjaringkan 10 gol dalam penampilannya bersama Palermo musim ini. Manchester United dikaitkan dengan ramai pemain terkemuka setelah Sir Alex Ferguson menyatakan pemilik kelab, Keluarga Glazer bersetuju memberi dana sehingga 100juta Pound musim panas ini. Antara pemain lain yang dikaitkan adalah penjaga gol, Manuel Neuer dan Pepe Reina, pemain Spurs, Gareth Bale, pemain Aston Villa, Ashley Young, pemain tengah Everton, Jack Rodwell yang juga diburu Manchester City dan juga pemain muda Southampton, Alex-Oxlade Chamberlain.




Senarai Penjaring terbanyak EPL

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...