Wednesday 2 March 2011

United Beli Neuer..???


Manchester United hari ini dilaporkan akan membuat tawaran kepada kelab Bundesliga Jerman, Schalke untuk membeli penjaga gol mereka, Manuel Neuer. United sedang berusaha mendapatkan penggati penjaga gol veteran Belanda, Edwin Van Der Sar yang akan bersara penghujung musim ini. Van Der Sar telah berusia 40 tahun dan menjadi wira United pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2007/2008 dengan menyelamatkan sepakan penalti Nicolas Anelka dan memberikan kejuaraan ketiga Eropah kepada United. Schalke tidak mempunyai pilihan lain untuk penjaga gol yang berusia 24 tahun itu dan sekiranya tidak menjualnya penghujung musim ini, dia akan keluar secara percuma apabila kontraknya tamat 2012. Neuer yang juga kapten kepada kelab itu menjadi rebutan banyak kelab terutamanya dari Liga Perdana Inggeris dengan Arsenal juga dilapor menunjukkan minat setelah aksi buruk penjaga gol mereka, Wozciech Szceszny di perlawanan akhir Piala Carling. Neuer dikatakan bernilai 10-15juta Pound.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...