Thursday, 17 March 2011
Jens Lehmann Kembali Bersama Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger hari ini mengesahkan bahawa Jens Lehmann yang pernah mewakili Arsenal dulu kini akan kembali untuk menyarung jersi The Gunners sehingga penghujung musim. Arsenal yang kehilangan 2 penjaga gol utama akibat kecederaan membuat keputusan untuk mengambil Lehmann, yang pernah membuat hampir 200 penampilan bersama Arsenal, sebagai penjaga gol 'back-up' kepada Manuel Almunia, satu-satunya penjaga gol Arsenal yang cergas. Lukasz Fabianski dan Wojciech Szcezsny yang menjadi pilihan utama Arsenal musim ini mengalami kecederaan jangka panjang dan akan terlepas beberapa perlawanan lagi sehingga penghujung musim. Arsenal memilih Lehmann kerana pengalamannya dan juga kerana dia tidak terikat kepada mana-mana pasukan lain kerana sudah bersara. Lehmann merupakan watak utama dalam kempen terbaik Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris pada musim 2003/2004 apabila mereka memenangi kejuaraan tanpa kalah. Dia yang kini berusia 41 tahun sedang menjalani kelas kejurulatihan di England.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment