Friday 11 March 2011

Preview Liga Super; Pahang Lawan Kelantan


Aksi Liga Super Malaysia diteruskan lagi minggu ini dengan perlawanan ke-7 setelah berehat lebih seminggu kerana memberi laluan kepada pusingan kedua Piala FA dan aksi kelayakan Olimpik menentang Pakistan di Lahore.


Pasukan Kelantan yang kini mendahului Liga Super dengan kelebihan 2 mata mengatasi Perak akan turun menentang jiran pantai timur iaitu Pahang di Kuantan. Pahang kini berada di tangga ke-8 liga dan juga layak ke peringkat suku akhir Piala FA selepas menewaskan PKNS Selangor di pusingan kedua tempoh hari. Pasukan yang dipimpin bekas penyerang kebangsaan, Dollah Salleh ini kini mengumpul 7 mata hasil 2 kemenangan dan 1 seri setakat 6 perlawanan yang telah dilalui. Penyerang muda, Famirul Asraf Sayuti akan memikul tanggungjawab merobek gawang Kelantan selepas bermain dengan cemerlang sepanjang musim ini dan telah menjaringkan 4 gol, 2 untuk saingan Liga Super dan 2 untuk Piala FA. Dia akan bergandingan dengan penjaring terbanyak Pahang musim lalu, Azamudin Mohd Akil dan juga R. Surendran. Di bahagian pertahanan pula, kapten pasukan, Jalaludin Jaafar akan memikul tugas menahan asakan Kelantan bersama-sama pemain berpengalaman, Nazrul Erwan Makmor.


Kelantan pula akan turun dengan harapan untuk menang dan meneruskan penguasaan di takhta Liga Super. Kelantan akan menerima kembali khidmat penjaga gol utama, Khairul Fahmi selepas beraksi menentang Pakistan untuk skuad olimpik. Beliau juga terlepas perlawanan Piala FA menentang Johor FC sebelum ini sebagai persiapan untuk kelayakan olimpik itu. Tugas menggempur kubu Pahang tentunya disandarkan kepada penjaring terbanyak Liga Super setakat ini, Norshahrul Idlan Talaha. Norshahrul telah menjaringkan 6 gol dalam 6 perlawanan liga setakat ini. Masalah kecederaan sedikit sebanyak mengganggu persiapan Kelantan dengan penyerang, Ramzul Zahini masih lagi cedera dan pemain sayap S. Chanturu masih bergelut untuk cergas. Daniel Fadzly mungkin akan diturunkan untuk membantu Norshahrul di bahagian serangan.

Perlawanan akan berlagsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan jam 8.45 malam.

Barisan Kemungkinan:

Pahang - Rosfaizul Ali, Nazrol Erwan, Jalaludin Jaafar (c), Saifulnizam, Fadzirul Zakaria, R. Surendran, R. Kartigesu, Fazli Baharudin, Mohd Amirullah, Azamudin Akil, Famirul Asraf

Kelantan - Khairul Fahmi, Rizal Fahmi, Farisham Ismail, Zairul Fitree, Daudsu, Shakir Shaari, Badhri Radzi (c), S. Chanturu, Nurul Azwan, Norsharul, Daniel Fadzly

Ramalan BBT: Pahang 0- Kelantan 1


Jadual perlawanan matchday 7 Liga Super
Kedudukan Liga Super
Penjaring Terbanyak Liga Super

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...