Monday, 14 March 2011

United Pilih De Gea Ganti Van Der Sar


Manchester United dikatakan hampir pasti mendapatkan penjaga gol utama Atletico Madrid, David De Gea. Walaupun dikatakan kurang berpengalaman, penjaga gol skuad remaja Sepanyol itu menjadi pilihan utama Sir Alex Ferguson bagi menggantikan Edwin Van Der Sar penghujung musim ini. De Gea baru sahaja berusia 20 tahun dan telah membuat 75 penampilan bersama Atletico Madrid dalam Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara Eropah dalam tempoh 3 tahun dan tidak bolos dalam 21 daripadanya. De Gea dilaporkan bernilai 15juta Pound ataupun RM75juta. Laporan ini dikuatkan lagi apabila jurulatih penjaga gol United, Eric Steele telah menjalani kelas bahasa Sepanyol sebagai persediaan sebelum ketibaan David De Gea.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...