Sunday, 13 March 2011

United Tundukkan Arsenal; Mara Ke Separuh Akhir Piala FA


Manchester United kembali di landasan yang betul selepas 2 kekalahan berturut-turut minggu lalu di tangan Chelsea dan Liverpool dengan kemenangan selesa 2-0 keatas Arsenal. Kekalahan ini menjadikan Arsenal cuma berpeluang merangkul Liga Perdana Inggeris sahaja selepas hasrat mendapatkan 4 kejuaraan utama lebur dalam tempoh 2 minggu sahaja.


Sir Alex Ferguson membuat kejutan dengan menyenaraikan 7 pemain pertahanan dengan 3 daripadanya iaitu Rafael dan Fabio Da Silva dan juga John O'Shea bermain di posisi tengah. Namun, percaturan itu menjadi apabila Fabio berjaya menyambar bola yang ditepis Manuel Almunia terus menerjah ke gawang Arsenal untuk gol pendahuluan. Separuh masa pertama berakhir 1-0.


Separuh masa kedua menyaksikan aksi pertama pemain sayap, Antonio Valencia selepas berehat panjang akibat kecederaan serius awal musim lalu. Kemasukan Valencia membuatkan Old Trafford bergembira selepas United kehilangan Nani akibat kecederaan. Hasilnya, United berjaya menggandakan kelebihan hasil tandukan Wayne Rooney dari jarak dekat. Kedudukan itu kekal sehingga tamat dan United mara ke peringkat separuh akhir Piala FA England. Kemenangan ini penting untuk United bagi mengembalikan keyakinan sebelum perlawanan getir Liga Juara-Juara Eropah menentang Marseille di Old Trafford hari selasa ini.

1 lagi perlawanan menyaksikan Bolton Wanderers menundukkan juara Piala Carling, Birmingham City 3-2.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...