Thursday 3 March 2011

Arsenal, City Mudah Ke Suku Akhir FA Cup

Arsenal dan Manchester City berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir FA Cup selepas menewaskan lawan masing-masing pagi tadi. Penyerang Denmark, Nicklas Bendtner muncul wira The Gunners apabila menjaringkan Hat-trick pertama beliau musim ini dan 2 lagi gol dijaringkan Marouanne Chamakh dan Gael Clichy apabila Arsenal mudah membelasah pasukan kerdil, Leyton Orient 5-0  pada perlawanan ulangan di Stadium Emirates selepas perlawanan pertama terikat 1-1.

Manchester City pula menundukkan pasukan Liga Perdana Inggeris, Aston Villa 3-0 di Stadium City of Manchester dengan gol disumbang Yaya Toure, Mario Balotelli dan pemain Sepanyol, David Silva. Anak buah Roberto Mancini akan menetang pasukan Liga Championship, Reading pada suku akhir nanti. Reading membuat kejutan apabila menewaskan Everton untuk layak ke suku akhir. Arsenal pula akan berhadapan pendahulu Liga Perdana Manchester United di Old Trafford dan perlawanan dijangka menarik sekali.

Jadual Penuh Peringkat Suku Akhir FA Cup:

Manchester United vs. Arsenal
      Birmingham City vs. Bolton
Manchester City vs. Reading
      Stoke City vs. West Ham

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...