Tuesday, 29 March 2011
Miroslav Klose Bakal Sertai Tottenham Hotspur
Tottenham Hotspur kini dilihat menjadi calon utama bagi penyerang prolifik Jerman, Miroslav Klose musim depan. Klose yang kini berkhidmat untuk gergasi Jerman, Bayern Munich hampir pasti akan keluar dari kelab itu penghujung musim ini selepas kontraknya berakhir. Penyerang berusia 32 tahun kurang beraksi di bawah kendalian pengurus Luis van Gaal dan sering memanaskan bangku simpanan sahaja. Spurs sudah lama memerhati Klose dan pengurus, Harry Redknapp sememangnya berminat untuk mendapatkan khidmatnya di White Hart Lane. Selain Spurs, kelab Portugal, Benfica dan kelab Itali, Juventus juga menaruh minat terhadap penjaring terbanyak Piala Dunia 2006 di Jerman dengan 5 gol. Penyerang yang terkenal dengan tadukan yang tajam ini mewakili Jerman dalam 3 edisi Piala Dunia dan menjaringkan kesemua sekali 14 gol meletakkanya di tempat kedua senarai penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang masa dengan hanya 1 gol kurang dari penyerang Brazil, Ronaldo. Klose mula mencipta nama bersama kelab Werder Bremen sebelum berpindah ke Bayern Munich pada 2007.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment