Tuesday, 8 March 2011
Chelsea Tewaskan Blackpool 3-1
Chelsea kekal di tangga ke-4 Liga Perdana Inggeris dan merapatkan jurang dengan pasukan tangga ke-3 Manchester City kepada hanya 2 mata dengan bermain kurang 1 perlawanan. 2 gol jaringan Frank Lampard dan 1 tandukan kapten, John Terry hasil sepakan penjuru sudah cukup untuk memastikan Chelsea pulang dengan 3 mata penuh menewaskan Blackpool 3-1. Chelsea sememangnya berhak menang apabila menguasai perlawanan dari awal dan cubaan Blackpool untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1 mata pada hujung permainan tidak berhasil walaupun berjaya mendapatkan 1 gol menerusi pemain tengah, Puncheon. Torres masih belum berjaya menjaringkan gol untuk Chelsea dan pasangan penyerang, Didier Drogba pula terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua akibat kecederaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment