Wednesday, 11 May 2011
Manchester City Layak Beraksi Liga Juara-Juara Musim Depan
Manchester City memastikan aksi di Liga Juara-Juara Eropah musim depan apabila berjaya menewaskan Tottenham Hotspur dalam satu-satunya perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung semalam. Gol sendiri dari Peter Crouch cukup untuk menghadiahkan aksi Liga Juara-Juara yang sudah lama diidam City. City kini berkelebihan 8 mata berbanding pencabar terdekat iaitu Liverpool dengan hanya berbaki 2 perlawanan.
Kemenangan ini juga memberikan semangat kepada City yang akan turun beraksi pada Final Piala FA menentang Stoke City di Stadium Wembley Ahad ini. Mereka juga mendapat berita gembira apabila kapten mereka, Carlos Tevez sudah cergas sepenuhnya. Tevez dimasukkan pada lewat permainan dan hampir pasti akan menyertai kesebelasan utama City di Wembley nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment