Kelantan gagal merampas kembali takhta Liga Super daripada Selangor apabila hanya sekadar seri tanpa jaringan menentang Negeri Sembilan di Stadium Paroi, Seremban semalam. Walaupun beraksi cemerlang sepanjang perlawanan, kelantan gagal memecah kebuntuan apabila barisan pertahanan Negeri Sembilan yang dikemudi Aidil Zafuan dan Irwan fadhli Idrus cekal bertahan. Kelantan juga kecewa kerana 2 gol mereka dibatalkan pembantu pengadil kerana dikatakan berada dalam kedudukan 'offside'. Keputusan pengadil ini dikecam jurulatih mereka, M. Karathu kerana mendakwa pembantu pengadil membuat kesilapan terutamanya gol minit terakhir oleh Khalid Jamlus.
Kelantan kini kekal berada di tangga kedua, 2 mata dibelakang Selangor dan 2 mata didepan Terengganu dengan perlawanan liga berbaki 7 perlawanan lagi. Berikut kedudukan terkini Liga Super setakat perlawanan ke-19:
No comments:
Post a Comment