Tentu anda tertanya-tanya but apakah seperti gambar diatas yang dipakai oleh beberapa orang pemain dalam perlawanan-perlawanan di Eropah minggu lepas. Ramai pemain antaranya Nani dan Robin van Persie memakai but baru berwarna biru dan kuning. But itu adalah but terbaru keluaran syarikat sukan terkemuka Jerman, Adidas dan di beri nama 'adiPower Predator TRX FG'.
Menurut Adidas, but ini direka untuk menghasilkan sepakan yang padu dan maksimum tanpa menggunakan tenaga yang banyak semasa membuat sepakan. Predator terbaru ini juga adalah yang teringan berbanding model-model Predator sebelum ini. But ini juga dapat memberi kawalan bola dan kestabilan yang maksimum kepada pemakai. Akan mula berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Harga?? Tak mahal pun, USD 200 ataupun RM600.
Model terdahulu Adidas Predator |
No comments:
Post a Comment