Saturday 14 May 2011

Mancini: Tevez Boleh Keluar City Jika Mahu


Roberto Mancini menegaskan bahawa kapten City, Carlos tevez boleh keluar dari kelab itu sekiranya tidak gembira disana. Tevez masih mempunyai kontrak selama 5 tahun tetapi telah beberapa kali sebelum ini menyatakan hasrat untuk keluar dari kelab itu dan kelab Itali, Inter Milan pula sering membayangkan kemungkinan membeli Tevez. mancini dalam kenyataannya memberitahu, "Jika saya tidak gembira di satu-satu kelab, saya akan keluar dari kelab itu, sama juga kepada semua pemain. Sekiranya mereka tidak gembira, mereka boleh keluar".


City dalam pada itu dikatakan akan cuba mendapatkan penyerang Napoli, Edinson Cavani sekiranya Tevez keluar dari kelab itu. Cavani merupakan penyerang sensasi di Serie A ketika ini dan merupakan antara penjaring terbanyak dengan 26 gol setakat ini. Cavani bagaimanapun tidak akan dilepaskan sekiranya Napoli tidak mendapat wang perpindahan yang dikatakan padan dengan nilai pemain itu iatu sebanyak 45 Juta Pound!!!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...