Monday 23 May 2011

Kelantan Kekal Peneraju; Terengganu Pintas Selangor


Kelantan mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super walaupun hanya sekadar mencatat keputusan seri menetang Harimau Muda. Terengganu pula mengambil kesempatan atas prestasi buruk Selangor yang tewas buat kali kedua berturut-turut untuk melonjak ke tangga kedua, berkongsi mata bersama Kelantan.

Harimau Muda A hampir berjaya membuat kejutan keatas pendahulu Liga hanya untuk dinafikan gol penyamaan oleh Norshahrul Idlan 4 minit sebelum permainan tamat. Terlebih dahulu, Harimau Muda membuka jaringan menerusi Izzaq faris sebelum disamakan oleh S. Chanturu. Izzaq sekali lagi memberikan kelebihan 2-1 buat Harimau Muda sebelum Norshahrul menjadikan kedudukan akhir 2-2 di Shah Alam.

Norshahrul muncul wira kelantan
Abdul Manaf Mamat menjadi wira Terengganu apabila meledak 2 gol untuk membantu Terengganu menewaskan Negeri Sembilan 3-0 di Kuala Terengganu. 1 lagi gol disumbangkan oleh Ashaari samsudin. Manakala pasukan 'adik' mereka, T-Team pula cemerlang menewaskan Sabah 3-1 di Kota Kinabalu dengan gol daripada Zairo Anuar Zailani, Norfarhan dan Indra Putra. Gol saguhati sabah disumbang oleh Zainizam marjan.

Di Kuantan pula, Selangor meneruskan aksi buruk apabila sekali lagi tewas dan kali ini di tangan pasukan Pahang dengan jaringan 2-1. Munir Amran dan Azamudin Akil menyumbang gol buat Pahang dan gol Selangor pula dijaringkan dilewat permainan oleh D. Surendran. Jaringan tunggal Akmal Rizal membantu Perak menundukkan Felda United 1-0 di Cheras untuk membantu Perak melonjak ke tangga ke-4 Liga.

Lain-lain keputusan menyaksikan Johor FC mengalahkan pasukan tercorot Liga, Perlis 2-1 dengan 2 gol dijaringkan bekas pemain Negeri Sembilan, Rezal zambry manakala gol Perlis dijaringkan oleh Mohd Hafiszuan. Kedah pula gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri dan hanya mampu terikat tanpa jaringan menetang Kuala Lumpur.



Kedudukan Terkini Liga Super

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...