Tuesday, 17 May 2011

Kelantan, Terengganu Tepati Ramalan; Berjaya ke Akhir Piala FA

Seperti dijangka, 2 pasukan pantai timur, Kelantan dan Terengganu menepati ramalan berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan masing-masing dengan agregat yang selesa. Meskipun sekadar seri 1-1 di Kota Bharu semalam, Kelantan layak ke akhir dengan agregat 6-2 mengatasi Selangor. Terengganu pula cemerlang menewaskan Pahang 2-0 untuk agregat 5-2.


Kelantan yang beraksi di hadapan penyokong sendiri semalam menguasai hampir keseluruhan permainan tetapi penyudah yang tumpul menafikan kemenangan. Selepas mendapat keputusan selesa di Shah Alam dalam perlawanan pertama, Datuk M. Karathu merehatkan beberapa pemain utam seperti Norshahrul Idlan, Nurul Azwan Roya dan pertahanan, Farisham Ismail. Meskipun begitu, Kelantan mendahului 1-0 pada minit ke-8 menerusi rembatan luar kotak penalti yang cantik dari Shakir Shaari. Selepas itu banyak peluang disia-siakan terutama dari penyerang, Ramzul Zahini. Selangor cuba bangkit separuh masa kedua dan berjaya menyamakan kedudukan lewat permainan menerusi Rudie Ramli tetapi sudah terlambat untuk menafikan kemaraan Kelantan.

Lawan Kelantan di Final, Terengganu beraksi dengan baik sepanjang permainan menetang Pahang yang mengalami krisis kecederaan pemain. Dihadapan 15,000 penyokong di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu mendahului 1-0 separuh masa pertama hasil sepakan penalti Abdul Hadi Yahya. Skuad sang penyu akhirnya mengesahkan kemenangan menerusi pemain gantian Mohd Alim Fahmi 5 minit sebelum tamat permainan.

Kelantan dan Terengganu akan bertemu pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung 4 minggu lagi iaitu pada 11 jun 2011 di Stadium Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...