Monday 9 May 2011

Manchester United Hampir Pasti Juara EPL 2010/2011


Kemenangan 2-1 keatas pencabar terdekat dalam Liga Perdana Inggeris, Chelsea hampir pasti mengesahkan kejuaraan Liga buat kali ke-19 untuk memadam rekod 18 kejuaraan Liga oleh Liverpool. Gol seawal minit pertama menerusi penyerang Mexico, Javier Hernandez disusuli jaringan kapten pasukan Nemanja Vidic memadai buat United membenam cabaran Chelsea di Old Trafford. Lampard menjaringkan gol untuk merapatkan kedudukan separuh masa kedua tetapi tidak cukup untuk menafikan kemenangan United.


United kini hanya memerlukan 1 mata dari baki 2 perlawanan terakhir untuk mengesahkan kejuaraan Liga musim ini. Mereka akan ke Blackburn pada 14 Mei dan akan melayan pasukan yang bergelut dengan penyingkiran, Blackpool minggu seterusnya. Sekiranya berjaya, ini akan menjadi kejuaraan ke-12 sepanjang Sir Alex Ferguson mengendalikan Manchester United.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...