Sunday 15 May 2011

United Rangkul Kejuaraan EPL ke-19


Meskipun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 di Ewood Park menentang Blackburn Rovers, itu sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris kali ke-19 buat Manchester United. Wayne Rooney menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada separuh masa kedua selepas Blackburn membuat kejutan mendahului awal separuh masa pertama. United berkelebihan 7 mata berbanding pencabar terdekat iaitu Chelsea yang akan turun beraksi malam ini. Pemain-pemain United bersorak gembira di hadapan penyokong mereka yang datang dari Manchester sejurus sahaja pengadil meniup wisel penamat. Kejuaraan ke-19 ini amat penting buat United kerana mereka kini mengatasi rekod 18 kejuaraan yang diraih Liverpool sebelum ini. United masih mempunyai baki perlawanan Liga menentang Blackpool di Old Trafford minggu depan, iaitu minggu terakhir saingan Liga. United masih memburu 1 lagi kejuaraan iaitu Liga Juara-Juara Eropah apabila mereka akan turun menentang Barcelona 28 Mei ini di Wembley.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...