Thursday, 19 May 2011

United Rancang Beli 3 Pemain Mantapkan Skuad


Manchester United dilaporkan merancang membeli 3 pemain pada musim perpindahan sebelum bermula saingan Liga Perdana Inggeris musim depan. Sir Alex Ferguson mahukan 3 pemain berpengalaman untuk menggantikan beberap pemainnya yang bersara termasuklah Gary Neville dan penjaga gol, Edwin Van der Sar. Paul Scholes juga dikatakan akan mengumumkan persaraan setelah enggan menyambung kontraknya bersama United.

United sememangnya telah lama mencari pengganti Van Der Sar selepas penjaga gol Belanda itu mengumumkan akan bersara hujung musim ini dan beberapa nama seperti David de Gea, Manuel Neuer, Pepe Reina dikaitkan dengan United. Turut menjadi sasaran adalah Marten Stakelenburg dan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris.

Sneijder mempunyai pengalaman yang luas bersama Inter dan Belanda
United juga sedang mencari seorang pemain tengah kreatif yang akan menggantikan Scholes. Wesley Sneijder dikatakan menjadi pilihan utama Ferguson kerana pengalamannya. Turut dikaitkan adalah pemain muda Argentina, Javier Pastore yang kini bersama kelab Palermo di Itali. Pastore baru sahaja diumumkan pemain muda terbaik Serie A musim ini.


Pemain Aston Villa, Ashley Young juga dikaitkan dengan perpindahan ke United. Young yang enggan melanjutkan kontrak bersama Villa sudah lama mengimpikan aksi di pentas Eropah. Liverpool dan arsenal juga dilaporkan sedang memerhati perkembangan Young di Villa. Ashley young kini berusia 25 tahun dan dikatakan bernilai hampir 25 Juta Pound.

Owen gagal mendapat tempat dalam kesebelasan United selepas kehadiran Hernandez
Selain perpindahan masuk pemain, United juga dikatakan akan menjual beberapa pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik. Pemain seperti Gabriel Obertan dan Bebe yang amat mengecewakan mungkin akan digugurkan bersama-sama pemain senior seperti Wes Brown, Owen Hargreaves dan juga Micheal Owen.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...