Wednesday, 4 May 2011

Kelantan Terus Menguasai; Selangor, Terengganu Mengejar Rapat

Gol tunggal kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi sudah cukup untuk mengekalkan penguasaan Kelantan di puncak Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 keatas Johor FC di Stadium JCORP Pasir Gudang semalam. Selangor dan Terengganu terus mengekori rapat kedudukan Kelantan selepas masing-masing mencatat kemenangan selesa. Terengganu bangkit dari ketinggalan kepada Perlis untuk menang 3-1 di Kuala Terengganu menerusi 2 gol sumbangan Abdul Manaf Mamat dan 1 dari pemain kebangsaan Ashaari Samsudin. Selangor pula menewaskan jiran mereka Kuala Lumpur juga dengan keputusan 3-1. Rudie Ramli menjadi wira menjaringkan 2 gol manakala 1 lagi gol disumbang Safiq Rahim. Berikut keputusan penuh semua perlawanan yang berlangsung semalam.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...