Kelantan, Selangor dan Terengganu masing-masing mencatat kemenangan untuk mengekalkan kedudukan 3 tangga teratas Liga Super. Kelantan menewaskan Kedah 2-0 menerusi gol dari Khalid Jamlus dan S. Chanturu di Kota Bharu. Selangor bangkit dari ketinggalan pada separuh masa pertama menerusi gol jaringan Shahrizal Saad dan menewaskan Johor FC 3-2 di Shah Alam. Rudie Ramli meneruskan aksi cemerlang menjaringkan gol penyamaan sebelum Amri Yahyah dan Azidan Sarudin menjadikan kedudukan 3-1. Johor FC merapatkan kedudukan menerusi Khairul Ismail tetapi tidak cukup untuk mengelakkan kekalahan. Terengganu pula membenam cabaran Kuala Lumpur 4-0 di Kuala Terengganu dengan Abd Manaf Mamat menjaringkan 2 gol. Penyerang, Abd Hadi Yahya menjaringkan gol ke 11 Liga Super buatnya tahun ini dan 1 lagi gol disumbang Helmi Remeli. Berikut keputusan penuh semua perlawanan yang berlangsung semalam.:
No comments:
Post a Comment