Thursday 5 May 2011

City Tawar Real 22 Juta Pound + Adebayor Untuk Kaka


Manchester City dilaporkan sedia membuat tawaran besar kepada Real Madrid untuk mendapatkan bekas pemain terbaik dunia, Kaka. City yang sudah lama mengikuti perkembangan Kaka di Real Madrid bersedia 'menukar' Kaka dengan Adebayor dan ditambah 22.5 Juta Pound lagi kepada Real. Kaka yang kini dikatakan beraksi sedikit merosot dan dibawah prestasi sebenar semakin kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Real Madrid tahun ini sejak kehadiran Mesut Ozil. City menggunakan Adebayor untuk mengumpan Real selepas Adebayor beraksi cemerlang sepanjang tempoh pinjamannya di Real Madrid musim ini. Kaka berpindah dari AC Milan ke Real Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak 56 Juta Pound 3 tahun lepas dan dilihat sukar menyesuaikan diri dengan corak permainan Real.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...