2 pasukan jiran di Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu hampir pasti berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA 2011 selepas memperoleh kemenangan selesa pada perlawanan pertama peringkat separuh akhir masing-masing. Kelantan cemerlang membelasah Selangor 5-1 di Shah Alam manakala Terengganu bangkit dari ketinggalan 2-0 pada awal separuh masa kedua untuk menang 3-2 di Kuantan.
Kelantan sememangnya sudah boleh berkira-kira ke perlawanan akhir dengan kemenangan besar 5-1 semalam. mendahuluim 3-0 separuh masa pertama menerusi 2 jaringan Mohd Ramzul Zahini dan 1 gol dari kapten, Badhri Radzi. Belum cukup dengan keputusan itu, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol ke-4 dan ke-5 sebelum kapten Selangor, Amri Yahyah berjaya mendapatkan gol saguhati pada masa kecederaan. Keputusan ini menceriakan lebih 20,000 penyokong setia The Reds Warriors yang berkumpul di Stadium Shah alam seawal 5 petang.
Dalam 1 lagi separuh akhir, Terengganu mempamer aksi kebangkitan yang menakjubkan untuk bangkit dari ketinggalan 2-0 dengan baki perlawanan tinggal 25 minit untuk menewaskan tuan rumah Pahang 3-2. Kedua-dua pasukan bagaimanapun gagal menjaringkan sebarang gol pada separuh masa pertama. Pahang memulakan aksi separuh masa kedua dengan gol pertama hasil tendangan percuma cantik dari Munir Amran sebelum R. Surendran menjadikan kedudukan 2-0. Terengganu merapatkan kedudukan menerusi gol sendiri Saiful Nizam Maswan dan kemenangan Terengganu disahkan menerusi 2 gol masing-masing dari Wan Aliff Jasmi dan Ashaari Samsudin.
Perlawanan kedua separuh akhir akan berlangsung Isnin ini, 16 Mei.
No comments:
Post a Comment