Monday, 23 May 2011

Blackpool, Birmingham City Tersingkir Dari Liga Perdana Inggeris

Pemain Blackpool berterima kasih kepada penyokong mereka

 Blackpool dan Birmingham City mengikut jejak langkah West Ham apabila mereka tersingkir dari Liga Perdana Inggeris musim depan. Kedua-dua pasukan kalah perlawanan mereka masing-masing dan terpaksa berpuas hati berada di tangga ke-18 dan 19 selepas tamat saingan liga dengan mengumpul 39 mata.


Dalam perlawanan yang baru sahaja tamat sebentar tadi, Blackpool tewas 4-2 kepada Manchester united di Old Trafford. Mereka mendahului 2-1 sebelum United menambah 3 gol untuk meraikan kejuaraan mereka dengan bergaya dan menyingkirkan Blackpool. Gol United disumbang oleh Park Ji Sung, Anderson, Owen dan gol sendiri pertahanan Blackpool, Evatt.

Seorang peminat kecil Birmingham tidak dapat menahan kesedihan
Birmingham City pula tewas 2-1 kepada Tottenham Hotspur dengan penyerang, Roman Pavlyuchenko menjaringkan gol lewat permainan untuk menafikan Birmingham sekurang-kurangnya keputusan seri. Birmingham yang menjadi pemenang Piala Carling selepas menewaskan Arsenal Februari lalu terpaksa bermain di Liga Championship musim depan.

1 comment:

  1. Pasal blackpool dengan bolos 78 gol sepanjang musim aku rasa they deserved to go down. Birmingham got only themselves to blame. dah menang carling cup terus merosot..apa2 pun kurang2 masih boleh beraksi di europa league tp kena qualify dulu la..good luck for both

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...