Kota Bharu akan menjadi gelanggang kepada satu perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Myanmar pada 18 Jun ini setelah disahkan oleh FAM petang tadi. FAM menerusi setiausaha agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad mengumumkan berita itu pada satu sidang media. Keputusan dicapai selepas AFC meluluskan Stadium Sultan Muhammad Ke-4 sebagai venue yang sah untuk perlawanan antarabangsa.
Stadium Sultan Muhammad ke-4 boleh menampung hampir 20,000 penonton dan akan menjadi venue perlawanan antarabangsa pertama disana sejak dibina tahun 1957. Skuad K. Rajagobal akan turun menetang Myanmar sebagai persediaan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil. Dalam kelayakan Piala Dunia itu, Malaysia diundi menentang Taiwan pada 29 Jun dan 3 Julai ini.
|
Stadium Sultan Muhammad ke-4 sentiasa dipenuhi penyokong kelantan |
FAM juga turut mengumumkan bahawa harga tiket untuk perlawanan persahabatan ini dengan tiket ruang terbuka bernilai RM15 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak manakala untuk astaka bernilai RM30 dan RM50. FAM berharap dapat memberikan peminat-peminat bolasepak di Pantai Timur tanah air peluang untuk menyaksikan aksi pasukan kebangsaan lebih dekat lebih-lebih lagi dengan sokongan yang hangat dipamerkan peminat di sana.
No comments:
Post a Comment