Penjaga gol skaud bawah-21 tahun Sepanyol, David De Gea tiba di Manchester untuk menjalani ujian kesihatan sebelum mengesahkan perpindahan ke Manchester United. De Gea dilaporkan akan menandatangani kontrak dengan United dengan yuran perpindahan sebanyak 17.8 Juta Pound. De Gea bakal menjadi pemain ketiga dibeli United dalam musim perpindahan pemain ini selepas pemain pertahanan, Phil Jones dan pemain tengah, Ashley Young.
|
Para pegawai cuba menyembunyikan kehadiran De Gea di Hospital Manchester |
De Gea yang beraksi di Sepanyol bersama kelab Atletico Madrid bakal menggantikan tempat Edwin Van Der Sar yang bersara selepas tamat musim lepas. Perpindahan ini sebenarnya telah lama dipersetujui kedua-dua kelab tetapi perjanjian tidak dapat dilakukan kerana De Gea mewakili Sepanyol dalam kejohanan EURO bawah 21 yang baru sahaja berakhir 2 hari lepas dimana mereka menjadi juara. Penjaga gol muda berusia 20 tahun ini beraksi dalam kesemua perlawanan La Liga musim lepas bersama Atletico dimana dia berjaya mengelak dari dibolosi 11 daripada 38 perlawanan.
Rakan sepasukan De Gea dalam skuad senior Sepanyol, Pepe Reina yang juga sebelum ini turut dikaitkan dengan United memberi komen positif mengenai berita ini dan menganggap ia satu perubahan yang baik kepada De Gea sendiri. Ketika ditanya mengenai ura-ura bahawa dia akan kembali ke Sepanyol dan menggantikan tempat De Gea di Atletico, dia menafikan laporan itu dan mahu terus kekal di Liverpool.
No comments:
Post a Comment