Monday 20 June 2011

Keputusan Penuh Semua Perlawanan Kelayakan Olimpik Zon Asia


Pasukan pilihan, Jepun, Korea Selatan dan Australia semuanya menepati ramalan apabila mencatat kemenangan selesa keatas lawan masing-masing dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012. Chian pula menerima kejutan apabila tewas 0-1 kepada Oman di gelanggang sendiri.

Paling mengejutkan adalah kejayaan Palestin menewaskan Bahrain di gelanggang lawan. Bahrain merupakan antara pasukan pilihan dengan menduduki ranking 97 dunia manakala Palestin di tangga 171. Palestin yang sebenarnya sudah tersingkir apabila tewas di tangan Thailand dalam pusingan pertama kelayakan, kemudiannya dihadiahkan tempat di pusingan kedua apabila AFC mendapati Thailand menurunkan pemain yang tidak layak pada perlawnan itu dan membatalkan penyertaan Thailand.

Berikut keputusan penuh semua perlawanan yang berlangsung semalam. Perlawanan kedua akan berlangsung Khamis ini, 23 Jun 2011. 12 pasukan yang menang di pusingan kedua ini akan diundi ke peringkat kumpulan dan dibahagi kepada 3 kumpulan (4 pasukan dalam 1 kumpulan). Undian tersebut akan dilangsungkan di Kuala Lumpur pada 7 Julai ini.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...