Peminat-peminat bola sepak tanah air yang ingin menyaksikan perlawanan kedua timbal balik pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Lubnan boleh mendapatkan tiket bermula esok. Tiket-tiket itu akan mula dijual bermula jam 3 petang esok di Pintu Kuning Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perlawanan penting buat Malaysia ini akan bermula jam 8.45 malam itu, 23 Jun. Tiket yang akan dijual berharga RM 20 untuk tempat duduk terbuka dan RM 30 untuk tempat duduk grandstand. Tiket untuk kanak-kanak bawah 12 tahun pula dijual pada harga RM5.
Staidum Nasional Bukit Jalil menjadi gelanggang pertemuan Malaysia-Lubnan |
silap info rasanya ni bro...game 23 jun 2011 (khamis)...bukan jumaat..('',)
ReplyDeletethanks kerana bagi info...
ReplyDeletesemoga malaysia menang mlm ini sama2 kita doakan,,insyaalah kita bjaya..
ReplyDelete