Leonardo semalam mengesahkan untuk meletakkan jawatan sebagai pengurus kelab Serie A Itali, Inter Milan berkuat kuasa serta merta. Perkara disahkan sendiri presiden kelab gergasi Itali itu, Massimo Moratti. Leonardo baru sahaja memegang jawatan itu selama 6 bulan selepas mengambil alih dari Rafael Benitez hujung tahun lepas. Leonardo kini dikatakan akan menjadi Pengarah Sukan di kelab Ligue 1 Perancis Paris St. Germain. Leonardo gagal membantu Inter mempertahankan gelaran Serie A Itali musim lepas tetapi berjaya membawa pulang Piala Copa Italia.
Bielsa dilaporkan menolak tawaran menjadi pengurus Inter Milan |
No comments:
Post a Comment