Perlawanan kedua Kelayakan Olimpik Zon Asia antara Malaysia dan Lubnan akan menjadi titik tolak dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Lubnan malam ini, maka ia akan membuka lembaran baru dalam era kebangkitan bola sepak negara.
Berdasarkan kepada prestasi Malaysia dalam pusingan pertama di Beirut, ahad lepas, skuad kendalian Ong Kim Swee dilihat mampu untuk mengatasi cabaran Lubnan dan mara ke pusingan peringkat kumpulan kelayakan Olimpik 2012. Mereka bermain baik pada separuh masa kedua dan hampir-hampir sahaja mengejutkan Lubnan namun penyudah yang kurang berkesan menjadi penghalang.
|
Keputusan perlawanan nanti bakal menetukan nasib Ong Kim Swee |
Ketumpulan barisan serangan merupakan satu lagi masalah yang dihadapi skuad Olimpik. Izzaq Faris yang bertindak sebagai penyerang tunggal di Beirut jelas sekali dilihat krang mampu untuk memikul tugas itu. Berkemungkinan besar, pada perlawanan malam ini, Syahrul Azwari akan diturunkan bergandingan dengan Izaaq di bahagian serangan. Ini dijangka mampu meningkatkan lagi serangan selepas skuad olimpik gagal menjaringkan sebarang gol dalam 4 perlawanan antarabangsa sebelum ini.
Bahagian pertahanan sememangnya tunjang kekuatan skuad olimpik sejak dulu lagi. keampuhan pertahanan menjadi faktor utama Malaysia berjaya mengikat Lubnan di Beirut. Lubnan diilihat sukar sekali untuk menembusi barisan pertahanan yang dikemudi Fadhli Shas dan Muslim Ahmad. Sekiranya mereka bermain dengan cemerlang malam ini, Lubnan tentunya menghadapi misi mustahil di Bukit Jalil.
|
Stadium Nasional Bukit Jalil |
Perlawanan ini akan berlangsung malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam. Peminat-peminat tempatan diharap dapat turun beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan Olimpik negara. Namun, bagi yang tidak berkesempatan, anda boleh menonton menerusi siaran langsung di Astro Arena.
Kesebelasan kemungkinan:
Khairul Fahmi(c), Affizie Faizal, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Zubir Azmi, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal, Fandi Othman, Irfan Fazail dan Izzaq Faris
1st game haritu..tgk serangan Malaysia lebih baik drpd lubnan..
ReplyDeleteharap2 menang..memg izzaq dlihatbtrlalu bntu n sdikit dlm kdaan 'pressure'dlm mgalas tgas srangan,,insya'Allah dgan bgandingan dgan syahrul azwari mgkin bliau akn mncetak gol.. n knapa tdak OKS mnurunkan kecik dlm 1st eleven..
ReplyDeletesemoga malaysia menang mlm ini.insyaalah malaysia boleh..
ReplyDeletesemoga malam ini skuad malaysia junior akan bmain bsungguh2 insyaalah mlm ini mlm utk kita tersenyum lebar,,
ReplyDeletemalaysia boleh..................
ReplyDelete