Thursday, 9 June 2011

Kelantan Sudah Sedia

Pauskan Kelantan sudah bersedia seratus peratus untuk menghadapi perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu sabtu ini di Stadium Bukit Jalil. Mereka menjalani sesi latihan terakhir mereka petang tadi di Stadium Sultan Muhammad Ke-4 dan dijangka bertolak ke Kuala Lumpur pagi esok dengan pesawat Airasia dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Pasukan Kelantan juga dijadualkan menginap di Quality Hotel, Shah Alam untuk Final ini. Ketika ditemui, rata-rata pemain berada dalam mood dan semangat yang baik mejelang perlawanan genting ini. Kelantan yang diketuai presiden mereka, Tan Sri Annuar Musa mengadakan satu solat hajat sempena perlawanan akhir ini di Bukit Marak malam ini.

Kapten pasukan, Badhri Radzi ataupun Piya dalam satu temubual dengan stesen radio THR Gegar petang tadi meminta sokongan penuh dari seluruh rakyat Kelantan pelusuk tanah air tidak kira di Kelantan mahupun di luar. Dia juga berkata Kelantan tidak menghadapi sebarang masalah kecederaan dan akan menurunkan barisan terkuat mereka untuk perlawanan ini. Dia juga menasihatkan penyokong-penyokong terutama yang akan ke Bukit Jalil nanti agar sentiasa menjaga disiplin dan tidak melakukan sebarang provokasi yang akan menimbulkan ketegangan.
Pengurus Pasukan, Hj Azman yakin dengan pelaung Kelantan
Pengurus pasukan, Hj. Azman Ibrahim yang ditemui oleh BBT petang tadi selepas sesi latihan pasukan Kelantan turut menyatakan keyakinannya mengenai peluang Kelantan pada perlawanan nanti. Dia berharap agar Kelantan akan membawa pulang Piala FA buat kali pertama dalam sejarah ke Kota Bharu Nanti.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...