Saturday, 25 June 2011

Inter Milan Lantik Gasperini Jadi Pengurus Baru

Gian Piero Gasperini (gambar) bukanlah nama yang besar dalam arena bola sepak antarabangsa, namun kelab gergasi Itali, Inter Milan memilih beliau sebagai pengurus baru kelab itu bagi menggantikan Leonardo yang meletakkan jawatan secara tiba-tiba selepas berakhir musim lepas. Gasperini kini menjadi pengurus ke-4 Inter dalam tempoh 1 tahun lebih.

Gasperini bagaimanapun mempunyai pengalaman sebagai pengurus apabila pernah mengurus kelab Genoa, yang juga di Liga Serie A Itali. Pemilihan Gasperini yang kurang popular agak menghairankan dan tindakan Inter itu nampak seperti terdesak. Bekas pengurus pasukan kebangsaan Argentina, Marcelo Bielsa sebelum ini dilaporkan menolak pelawaan Inter menjadi pengurus. Pengurus baru Chelsea, Andre Villas-Boas juga dikaitkan namun Inter enggan membayar pampasan yang besar kepada Porto. Pelantikan Gasperini disahkan presiden kelab, Massimo Moratti. Gasperini menandatangani kontrak selama 2 tahun di San Siro.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...