Thursday 16 June 2011

Arsenal Cuba Dapatkan Jermaine Defoe


Laporan akhbar Daily Mirror di England hari ini mendakwa bahawa Arsenal sedang cuba untuk mendapatkan penyerang Tottenham Hotspur, Jermaine Defoe. Defoe dikatakan diminati oleh pengurus Arsene Wenger dan berminat mendapatkan penyerang Antarabangsa England itu. Defoe juga sedang mengintai peluang untuk keluar dari Spurs selepas gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Spurs musim lalu dimana dia hanya membuat 22 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris dan hanya menembusi gawang sebanyak 4 kali sahaja berbanding 18 gol pada musim sebelumnya.


Defoe yang kini berusia 28 tahun juga terdesak untuk memenangi semula tempat dalam skuad England selepas tersisih dalam beberapa perlawanan antarabangsa tahun ini. Arsenal dikatakan akan menjual penyerang Denmark, Nicklas Bendtner dan Defoe mungkin sesuai menggantikan tempat itu dan bermain bersama-sama Robin Van Persie dibahagian serangan. Defoe menyertai Spurs dari Portsmouth pada awal musim 2009 dengan yuran perpindahan 15.75 Juta Pound.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...