Friday, 3 June 2011
Perlawanan Persahabatan Antarabangsa: Malaysia Lawan Hong Kong
Malaysia akan turun menentang Hong Kong malam ini dalam 1 perlawanan antarabangsa yang akan berlangsung di Stadium Siu Sai Wan . Ini merupakan persediaan yang baik buat skuad negara menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menetang Taiwan hujung bulan ini.
K. Rajagobal membawa 22 pemain ke Hong Kong selepas menggugurkan 2 pemain dari senarai awal 24 pemain dengan pertahanan Kelantan, Farisham Ismail dan penjaga gol Perak, Nasril Nordin terlepas peluang untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.
Bahagian serangan negara akan menjadi tunjang utama dengan rangkaian serangan yang dilihat mantap ketika ini. Gandingan Safee Sali, Norshahrul Idlan dan penjaring terbanyak Liga Super setakat ini, Abdul Hadi Yahya tentunya akan menjanjikan gol buat Malaysia. Ketiga-tiga pemain setakat ini menjaringkan 36 gol antara mereka dalam saingan Liga bersama-pasukan masing-masing.
Bahagian pertahanan pula agak membimbangkan dengan ketiadaan ramai pemain yang berada dalam skuad Juara Piala Suzuki seperti Muslim Ahmad dan Fadhli Shas tidak berada dalam skuad dan penyenarain muka baru seperti Mohd Hisyamudin (Perak), Shahrom Kalam (KL) dan Helmi Remeli (Terengganu) yang tidak mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa.
Malaysia mungkin dapat melonjakkan kedudukan dari rangking ke143 dunia ketika ini sekiranya berjaya mengatasi Hong Kong malam ini. Ini juga bakal menjadi persiapan yang baik buat K. Rajagobal dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pasukan sebelum perlawanan penting nanti.
Senarai 22 Pemain skuad Kebangsaan menentang Hong Kong:
Penjaga Gol: Sharbinee Allawee (Ter), Syed Adney (Sbh)
Pertahanan: Asrarudin Putra, Nasriq Baharom (Sel), Azmi Muslim (Kdh), Aidil Zafuan (NS), Helmi Remeli (Ter), Shahrom Kalam (KL), Mohd Hisyamudin( Prk)
Tengah: Safiq Rahim, Amirul Hadi, Azidan Sarudin (Sel), Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar (Kdh), Ashaari Samsudin, Ismail Faruqi (Ter), S. Kunanlan (NS), S. Chanturu (Kel)
Penyerang: Safee Sali (Pelita Jaya), Norshahrul Idlan (Kel), Abd Hadi Yahya (Ter), Shahrizal Saad( JFC),
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment