Sunday, 19 June 2011

Masih Banyak Yang Perlu Diperbaiki Meskipun Menang Meatas Myanmar

Malaysia berjaya menewaskan Myanmar 2-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu semalam. Gol Malaysia dijaringkan dalam setiap separuh masa oleh Amirulhadi Zainal dan Baddrol Bakhtiar.Perlawanan yang pada awalnya berlangsung dalam padang yang agak becak pada awalnya akibat hujan lebat pada petang itu, sedikit mengganggu kelancaran permainan.


Sekiranya melihat keputusan itu, tentunya ia keputusan yang boleh dianggap baik. Namun, Malaysia sebenarnya mampu mencatat keputusan lebih selesa sekiranya jentera serangan mempunyai penyudah yang lebih berkesan. Terdapat sekurang-kurangnya 3 peluang jelas untuk menjaringkan gol, tetapi ketumpulan penyudah menjadi penghalang.

Disebalik itu, bahagian tengah dilihat bermain agak baik dengan kapten, Safiq Rahim yang bergandingan dengan Shakir Shaari dilihat mempunyai keserasian biarpun baru pertama kali bersama. Baddrol Bakhtiar yang juga pemain terbaik perlawanan bermain dengan sangat baik meskipun terlepas banyak peluang keemasan untuk menambah gol.

Baddrol banyak terlepas peluang menjaringkan gol
Di bahagian pertahanan, sedikit berita merisaukan adalah apabila Aidil Zafuan yang mengalami kecederaan yang agak serius terus diusung kedalam ambulans. Dia yang bermain cemerlang sepanjang permainan bersama Farisyam Ismail kini mungkin menghadapi risiko terlepas perlawanan kelayakan Piala Dunia menetang Taiwan hujung bulan ini. Aidil yang sebelum ini kerap mengalami kecederaan tercedera di buku lali selepas melakukan 'tackle' keatas pemaiin Myanmar sejurus sebelum dia yang sepatutnya digantikan oleh Rizal Fahmi.

Secara keseluruhan, prestasi Malaysia boleh dianggap baik cuma kurang berkesan dihadapan pintu gol. Masih banyak yang perlu dilakukan sebelum menentang taiwan nanti.

2 comments:

  1. menang atas hasil kesilapan pemain lawan ...itu dikira menang nasib dan tidak ada tektikal yg menarik pun di tunjukan oleh kesemua pemain negara. Seperti tendang bola tidak fikir arah dan apa tujuan bola kenana nak pergi..crossing, sepakan sudut, free kick tidak dirancang dan tidak digunakan untuk menghasilkan gol atau sekurangnya memberi ancaman kepada pihak lawan.

    Kali pertama aku tengok bola depan TV..menguap brapa kali ntah...tengok kelantan main 100x lagi baik

    ReplyDelete
  2. power gile terengganu bleh kalahkan kelantan..

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...