Monday 20 June 2011

Alexis Sanchez Pilih Sertai Barcelona


Pemain sayap berbakat Chile, Alexis sanchez kini semakin hampir untuk merealisasikan impiannya untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona. Sanchez yang bermain cemerlang musim lepas bersama kelab Itali, Udinese merupakan antara pemain paling diingini oleh banyak kelab-kelab besar di Eropah. Manchester United, Chelsea dan Manchester City juga dikatakan berminat dan cuba untuk menandatangani Sanchez sebelum ini.

Pemain berusia 22 tahun itu yang pulang ke negara asalnya Chile untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan sebagai persiapan menghadapi saingan Copa America yang akan bermula 1 Julai ini di Argentina. Beliau bagaimanapun dilaporkan diberi pelepasan oleh Jurulatih kebangsaan untuk ke Barcelona bagi membincangkan terma-terma kontrak yang bakal ditandatangani bersama kelab Catalan itu. Barcelona dilaporkan sudah bersetuju dengan nilai perpindahan Sanchez dengan Udinese dan dikatakan bernilai sehingga 32 Juta Pound secara keseluruhan. Sekiranya dipersetujui, Sanchez akan menjadi pemain pertama yang dibeli Barcelona musim ini.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...