Wednesday, 1 June 2011
Paul Scholes Umum Persaraan
Pemain veteran Manchester United, Paul Scholes semalam mengumumkan persaraannya dari arena bolasepak berkuatkuasa serta merta. Beliau yang kini berusia 36 tahun telah bersama dengan United sejak tahun 1994 dan berada di tangga ke-4 dikalangan pemain yang membuat penampilan paling banyak bersama United. Sepanjang bersama United, Scholes menjaringkan lebih dari 150 gol dan memenangi 24 kejuaraan termasuk 10 gelaran Liga Perdana Inggeris dan 2 Liga Juara-Juara Eropah. Bersama England, Scholes membuat 66 penampilan dan menjaringkan 14 gol untuk perlawanan antarabangsa.
Scholes akan dilantik menjadi salah seorang jurulatih di United bermula musim depan mengikut jejak langkah Ole Gunnar Solsjkaer. Scholes dalam satu kenyataan tentang persaraannya itu berkata, keputusan yang dibuat olehnya itu bukannya mudah kerana bolasepak adalah hidupnya dan dia juga gembira kerana dapat membantu United mencapai kejuaraan ke-19 musim ini. Scholes mempunyai gaya permainan yang agak unik dimana dia sangat kreatif dalam mencipta peluang dan terkenal dengan hantaran jauh yang tepat. Scholes juga dikenali dengan 'tackle' lambat yang selalu dilakukannya keatas lawan.
Pencapaian Scholes:
Jumlah Penampilan:
Manshester United- 676 Kali (150 gol)
England- 66 kali (14 gol)
Kejuaraan:
Juara Piala Dunia Kelab FIFA- 1 kali
Juara Piala Antara Benua- 1 kali
Juara Liga Juara-Juara Eropah- 2 kali
Juara Liga Perdana Inggeris- 10 kali
Juara Piala FA- 3 kali
Juara Piala Liga- 2 kali
Juara Piala Community Shield- 5 kali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment