Tuesday, 14 June 2011

Skuad Olimpik Kalah Lagi; Tumpas 0-4 Kepada Qatar


Skuad Olimpik Malaysia kalah lagi dalam perlawanan persahabatan Antarabangsa dan kali ini ditangan skuad Olimpik Qatar dengan keputusan 4-0. Kesemua gol Qatar dijaringkan pada separuh masa pertama. Malaysia mandapat satu sepakan penalti pada separuh masa kedua tetapi gagal dilaksanakan oleh Fandi Othman.

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut keatas pasukan kendalian Ong Kim Swee ini selepas dimalukan pasukan Olimpik Kemboja 1-0 minggu lepas. Kekalahan ini tentunya merisaukan peminat bola sepak Malaysia terutama sekali menjelang kelayakan Olimpik menentang Lubnan dalam masa 5 hari sahaja lagi iaitu pada 19 Jun ini di Lubnan dan perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur 4 hari kemudian. Nampaknya, banyak lagi yang perlu dilakukan oleh Ong Kim Swee sekiranya berhasrat untuk mara lebih jauh dalam kelayakan Olimpik 2012 di London.

4 comments:

  1. Jgn tumpukan hanya kepada pemain harimau muda sahaja...ktengah pemain muda dr negeri lain..byk lg yg berpengalaman...

    ReplyDelete
  2. perjalanan masih jauh...yg penting kite jgn putus asa...

    ReplyDelete
  3. Olimpik Kemboja pejadah nye yob. lu kena banyak membaca lagi ni....

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...