Tuesday, 7 June 2011
Martin Jol Dilantik Pengurus Baru Fulham
Bekas pengurus Tottenham Hotspurs, Martin Jol hari ini dilantik secara rasmi sebagai pengurus baru Fulham menggantikan Mark Hughes. Jol menandatangani kontrak selama 2 tahun dengan Fulham yang dilaporkan bernilai 1.5 Juta Pound semusim. Pengurus berusia 55 tahun itu tidak mengurus mana-mana kelab selepas meletak jawatan sebagai pengurus Ajax Amsterdam disember lepas. Jol yang berasal dari Belanda mempunyai pengalaman luas bidang pengurusan dan pernah juga mengendalikan kelab Jerman, Hamburg selama semusim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment