Sunday, 19 June 2011

Kelayakan Olimpik: Malaysia Berjaya Ikat Lubnan

Malaysia berjaya mengikat Lubnan untuk keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 yang berakhir sebentar tadi. Perlawanan berlangsung di Stadium Sport City di Beirut.

Malaysia bermula agak perlahan pada separuh masa pertama dan nampak seperti kurang yakin dan bermain terlalu berhati-hati. Pemain-pemain pula banyak membuat kesilapan-kesilapan mudah dengan hantaran-hantaran mudah yang kurang tepat dan mudah kehilangan bola. Malaysia bagaimanapun mempunyai peluang terbaik pada separuh masa pertama menerusi Wan Zack namun digagalkan penjaga gol Lubnan.

Separuh masa kedua, Malaysia bermain berbeza sekali berbanding separuh masa pertama. Banyak serangan mula dilancarkan ke kubu Lubnan. Pemain-pemain juga kurang melakukan kesilapan dan bermain dengan keyakinan yang amat tinggi. Malaysia berjaya mencipta beberapa peluang keemasan namun ketumpulan serangan menggagalkan Malaysia mencipta kejutan di Beirut. Perlawanan berakhir tanpa sebarang gol.

Perlawanan kedua timbal balik akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini. Ini adalah peluang baik untuk Skuad Ong Kim Swee untuk mencipta sejarah mara ke peringkat seterusnya dalam kelayakan Olimpik.



Kesebelasan pemain Malaysia:

Khairul Fahmi (c), Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Zubir Azmi, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal (Wan Zaharulnizam), Fandi Othman, Irfan Fazail dan Izzaq Faris (Syahrul Azwari)


Keputusan Penuh semua Perlawanan pusingan 2 kelayakan Olimpik Zon Asia

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...