Kelab Liga Championship England Cardiff City mengeluarkan jersi terbaru mereka untuk musim depan dengan perkataan 'Malaysia' tertampang di dada. Ini adalah salah satu kempen bertujuan untuk mengenengahkan Malaysia di mata dunia.
Cardiff City ataupun nama gelarannya 'Bluebirds' adalah kelab milik penuh 2 usahawan dari Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Chan Tien Ghee yang juga bapa kepada pemain skuad Piala Presiden Kelantan, Nicholas Chan. Kedua-dua tokoh korporat ini membeli kelab ini pada 27 Mei 2010 hanya beberapa hari sebelum Cardiff tewas dalam perlawanan play-off ke Liga Perdana Inggeris.
Vincent Tan(kiri) dan Tien Ghee(kanan) bersama bekas pengurus Cardiff, Dave Jones |
Perkembangan ini tentunya diharap akan dapat memberikan kesan positif kepada perkembangan sukan bolasepak dari peringkat akar umbi di Malaysia. Usaha yang dijalankan seharusnya mendapat pujian dan sokongan dari semua pihak.
sayang Cardiff tidak dapat melayakkan diri ke EPL tahun ini...
ReplyDeletewah, hebat la. dah macam team malaysia pulak cardiff city ni. haha.
ReplyDeleteMy latest entry : Logo Jenama Popular Yang Terbalik