Friday 24 June 2011

Senarai Pasukan Yang Layak ke Peringkat Kumpulan Kelayakan Olimpik Zon Asia

Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan kelayakan olimpik selepas kejayaan menewaskan Lubnan semalam. Berikut adalah senarai 12 pasukan yang layak ke peringkat kumpulan kelayakan olimpik Zon Asia bersama-sama Malaysia dengan kedudukan terkini ranking Dunia FIFA dalam kurungan:

1. Jepun (14)
2. Australia (20)
3. Korea Selatan (31)
4. Uzbekistan (83)
5. Arab Saudi (88)
6. Iraq (89)
7. Qatar (92)
8. Bahrain (97)
9. Syria (104)
10. Oman (107)
11. UAE (111)
12. Malaysia (143)

Jika dibandingkan, kedudukan Malaysia agak jauh dari semua pasukan lain yang melayakkan diri. Malaysia juga satu-satunya pasukan dari rantau Asia Tenggara yang berjaya. Jelas menunjukkan pencapaian yang dicapai Malaysia bukanlah sesuatu yang biasa, ia merupakan satu pencapaian yang besar dan boleh dibanggakan.

Namun, apa yang akan berlaku nanti lebih merisaukan. Pasukan mana yang akan berada bersama-sama dengan Malaysia dalam kumpulan nanti. Malaysia akan bersama dengan 3 pasukan lain dalam 1 kumpulan yang hanya juara sahaja mendapat tempat automatik ke Olimpik 2012 din London. Jika undian dibuat mengikut pilihan, Malaysia tentu akan berada 1 kumpulan dengan salah satu pasukan terbaik iaitu Jepun, Kores Selatan ataupun Australia.
Rumah AFC di Kuala Lumpur
Undian akan dibuat pada 7 Julai ini di Rumah AFC di Kuala Lumpur. 12 pasukan akan dibahagi kepada 3 kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan. Juara setiap kumpulan akan layak ke Olimpik dan 3 pasukan naib juara akan bermain perlawanan playoff di satu venue yang neutral dan pemenang perlawanan playoff itu akan bertemu wakil dari Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) untuk merebut satu lagi tempat.

 Keputusan penuh semua perlawanan Kelayakan Olimpik Zon Asia

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...