Tuesday 21 June 2011

Norshahrul Sah Terlepas Aksi Menentang Taiwan

Penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha disahkan akan terlepas aksi perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 menetang Taiwan 29 Jun ini. Norshahrul mengalami kecederaan Hamstring semasa perlawanan Liga Super menentang Perak minggu lepas.

Ketiadaan Norshahrul dijangka bakal menjejaskan persiapan skuad Kebangsaan menjelang perlawanan penting ini. Turut disahkan bakal terlepas perlawanan itu seorang lagi penyerang iaitu Shahrizal Saad. Masalah kecederaan yang melanda skuad Kebangsaan tidak berhenti disitu kerana beberapa lagi pemain masih bergelut untuk cergas 100%. Antaranya ialah Fakri Saarani, S. Chanturu, Hisyamuddin Shaari dan penjaga gol, Syed Adney.
Aidil mengejar masa untuk pulih sebelum aksi dengan taiwan
Bagaimanapun, pemain pertahanan Aidil Zafuan dijangka sempat untuk pulih dari kecederaan semasa menentang Myanmar 2 hari lepas. Aidil yang diusung keluar sebaik mengalami kecederaan sudah menjalani latihan ringan bersama skuad kebangsaan. Paling melegakan adalah kembalinya penyerang Safee Sali menyarung jersi kebangsaan. Kehadiran penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki ini tentunya memberikan impak besar kepada skuad kebangsaan yang kekurangan pemain penyerang akibat kecederaan.

Kehadiran Safee bakal memperkuatkan jentera serangan
Skuad kebangsaan dijadualkan membuat 1 lagi perlawanan persahabatan sebagai persediaan menghadapi Taiwan. Lawan untuk perlawanan yang akan berlangsung pada 24 Jun ini bagaimanapun belum diputuskan lagi oleh FAM.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...