Thursday 2 June 2011

Fabregas Jadi Sasaran Real Madrid


Real Madrid dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan kapten Arsenal, Cesc Fabregas untuk menghadapi saingan La Liga musim depan. Real sedia 'bertarung' dengan mush ketat mereka, Barcelona untuk mendapatkan pemain tengah Arsenal itu. Arsenal melalui satu musim yang mengecewakan apabila hanya terpaksa berpuas hati dengan tangga ke-4 di Liga Perdana Inggeris dan menyaksikan mereka terpaksa melalui permainan play-off untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Febregas telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona; kelab dimana dia memulakan karier bolasepaknya dan Real kini dilihat mahu mengambil kesempatan keatas situasi tidak menentu tentang Fabregas ini dengan menawarkan hampir 50 Juta Pound kepada Arsenal. Fabregas telah lama menyatakan hasrat dan impiannya untuk menjulang kejuaraan dan Piala; sesuatu yang belum dikecapinya selepas lebih 7 tahun bersama Arsenal dan peluang ke Barcelona ataupun Real Madrid dilihat sebagai satu peluang untuk dia menjulang kejuaraan. Secara keseluruhan, Fabregas telah bermain sebanyak 303 perlawanan utnuk Arsenal dan menjaringkan 57 gol. Fabregas juga seorang pemain yang banyak mencipta peluang dimana lebih 100 'assists' telah dihasilkannya untuk Arsenal.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...