Wednesday 8 June 2011

Phil Jones Sertai Manchester United


Pemain pertahanan Blackburn Rovers, Phil Jones hari ini mengesahkan akan menyertai Juara Liga, Manchester United dengan yuran perpindahan 16 Juta Pound. Jones yang berusia 19 tahun akan menandatangani kontrak selama 5 tahun di Old Trafford sekiranya melepasi ujian kesihatan. Manchester United menewaskan Arsenal dan Liverpool untuk mendapatkan pemain pertahanan yang berprofil tinggi ini. Jones juga boleh bermain di posisi tengah sebagai 'defensive midfielder'.

Ini merupakan pembelian pertama United selepas berakhirnya musim ini dan semestinya bukan yang terakhir. Sir Alex Ferguson dikatakan masih mencari pengganti kepada 2 pemain yang bersara penghujung musim lepas iaitu penjaga gol, Edwin Van Der Sar dan pemain tengah, Paul Scholes. Beberapa nama besar dikaitkan dengan United seperti David De Gea dan Maarten Stakelenburg untuk posisi gol manakala Wesley Sneijder, Samir Nasri, Ashley Young, Javier Pastore dan Danielle De Rossi disebeut-sebut bakal menertai United untuk posisi tengah.

1 comment:

  1. good signing..masih 19 tahun..maybe the next rio ferdinand

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...