Friday, 17 June 2011

Hadi Pikul Cabaran Malaysia Gempur Myanmar


Penyerang berbisa Terengganu, Abdul Hadi Yahya bakal memikul tugas untuk mengetuai jentera serangan Malaysia untuk perlawanan persahabatan menentang Myanmar malam esok berikutan kecederaan yang menimpa penyerang lain. Ini merupakan penampilan kedua oleh pemain yang berasal dari klang, Selangor untuk skuad kebangsaan selepas kali pertama mewakili dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong bulan lepas dimana dia menjaringkan gol penyamaan untuk menyelamatkan Malaysia dari kekalahan.

Kecederaan yang menimpa penyerang utama, Norshahrul Idlan memaksa jurulatih K. Rajagobal menukar strategi dengan meletakkan Hadi sebagai penyerang tunggal untuk perlawanan ini. Turut mengalami kecederaan adalah 2 lagi penyerang iaitu Shahrizal Saad dan Ahmad Fakri Saarani. Rajagobal juga memilih untuk tidak memanggil pulang penyerang kelab Pelita Jaya, Safee Sali kerana jadual padat Liga Indonesia. Ini adalah perlawanan terakhir buat skuad kebangsaan sebelum kelayakan Piala Dunia 2014 menetang Taiwan 29 Jun ini.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...