Mengikut prestasi semasa, skuad kendalian Ong Kim Swee dilihat agak kurang meyakinkan dimana mereka kalah dalam 2 perlawanan persahabatan sebelum ini di tangan Kemboja dan Qatar. Dalam kedua-dua perlawanan itu, mereka gagal menjaringkan sebarang gol malah melepaskan 5 gol secara keseluruhan. Jelas sekali menunjukkan skuad Olimpik ini tidak berada dalam prestasi yang baik menjelang perlawanan genting ini. Persiapan selama lebih seminggu yang dilakukan di Qatar sebagai persediaan menghadapi Lubnan diharap dapat mengembalikan semangat dan prestasi pasukan ke tahap tertinggi.
Jurulatih Ong Kim Swee waspada dengan cabarab Lubnan |
Jika sebelum ini, barisan pertahanan dianggap kubu kuat, namun kini mereka nampaknya sedikit goyah dan seringkali mudah dibolosi lawan. Gandingan Muslim Ahmad dan Fadhli Shas yang sebelum ini cemerlang dalam kempen Piala AFF Suzuki dilihat menurun sedikit prestasi begitu juga Mahali Jasuli. Penjaga gol dan juga kapten pasukan, Khairul Fahmi sahaja yang kini dilihat konsisten dalam setiap perlawanan.
Walaupun begitu, sekiranya mereka bermain dengan corak permainan biasa seperti dalam saingan Liga Super, tidak mustahil mereka bakal mencipta kejutan di Beirut. Ong Kim Swee mensasarkan untuk memperoleh sekurang-kurangnya 1 gol disana sebagai bekalan perlawanan kedua di Kuala Lumpur 23 Jun ini. Sekiranya menang, Malaysia akan mara ke pusingan ketiga dimana 12 pasukan terbaik akan dibahagikan dalam 3 kumpulan. Juara setipa kumpulan akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London manakala 3 pasukan ditempat kedua akan melalui peringkat play-off.
Stadium Sport City di Beirut menjadi gelanggang pertembungan |
Barisan Kemungkinan Malaysia:
Khairul Fahmi(c), Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Zubir Azmi, K. Gurusamy, Shukur Jusoh, Wan Zack Haikal, Fandi Othman, Irfan Fazail dan Izzaq Faris
No comments:
Post a Comment