Thursday 23 June 2011

Ashley Young Hampiri Perpindahan ke United

Pemain sayap Aston Villa, Ashley Young semakin hampir untuk menyertai Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United apabila menjalani ujian kesihatan bersama United semalam. Young bakal menyertai United dengan yuran perpindahan bernilai 16 Juta Pound. Ini adalah pembelian kedua United selepas mendapatkan pemain pertahanan, Phill Jones dari Blackburn minggu lepas dengan bayaran 16.5 Juta Pound.

United sememangnya merancang untuk membeli beberapa pemain sebelum bermula musim baru selepas beberapa pemainnya bersara. Penjaga gol, Edwin Van Der Sar, Paul Scholes dan Gary Neville semuanya sudah bersara dan kontrak Owen Hargreaves tidak disambung selepas dia gagal beraksi secara konsisten dengan United. selain 2 pemain ini, United juga dijangka melengkapkan pembelian David de Gea, penjaga gol Atletico madrid yang sudah lama diintai.
Young meninggalkan Hostipal di Manchester selepas menjalani Ujian Kesihatan
Selain itu, beberapa lagi pemain turut dikaitkan dengan United. Antaranya adalah pemain Spurs, Luka Modric, perancang kreatif Inter Milan, Wesley Sneijder, pemain tengah Everton Jack Rodwell dan juga pemain tengah muda Palermo, Javier Pastore. Pengurus United, Sir Alex Ferguson bagaimanapun berkata United hanya akan memerlukan 3 pemain baru sahaja untuk menguatkan skuad. Jadi, sekiranya De Gea mengesahkan perpindahan, maka United akan menutup buku akaun untuk musim ini.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...