Thursday 16 June 2011

Alex McLeish Dilantik Pengurus Baru Aston Villa


Bekas pengurus Birmingham City, Alex McLeish hari ini dilantik secara rasmi sebagai pengurus baru Aston Villa yang baru berkuat kuasa serta merta. Walaupun tindakan pemilik Villa, Randy Lerner itu tidak dipersetujui majoriti peminat setia Aston Villa, namun persetujuan itu telah dicapai sebulat suara oleh kedua-dua pihak. Protest yang dilancarkan penyokong itu disebabkan permusuhan lama antara 2 kelab berjiran iaitu Villa dan Birmingham. Lebih 17,000 penyokong Villa menyatakan protest mereka dalam page facebook yang dilancarkan mereka.

Page facebook protest peminat Villa pelantikan Alex McLeish
McLeish berasal dari Scotland dan berusia 52 tahun. Dia membimbing Birmingham selama 4 tahun dan paling cemerlang membawa Birmingham menjuarai Piala Carling musim lepas selepas menewaskan pasukan pilihan Arsenal 2-1 dalam perlawanan akhir. Musim yang memberangsangkan itu malangnya berakhir dengan tragedi apabila Birmingham tersingkir dari Liga Perdana Inggeris di penghujung musim. Penyingkiran itu menyebabkan peminat Villa risau dengan kredibiliti McLeish sebagai pengurus.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...