Thursday, 9 June 2011
Chelsea Perlu Bayar 41 Juta Pound untuk Neymar
Ajen kepada pemain muda berbakat besar Brazil, Neymar memberitahu Chelsea supaya menyediakan yuran perpindahan sekurang-kurangnya 41 Juta Pound sekiranya mereka berhasrat untuk melihat Neymar beraksi di Stamford Bridge musim depan. Chelsea sebelum ini menawarkan Santos, kelab Neymar kini 32 Juta Pound untuk pemain itu tetapi ditolak.
Menurut ajen Neymar, Wagner Ribiero, Pemain yang berusia 19 tahun itu mempunyai potensi yang besar dan membandingkannya dengan Lionel Messi. Ribiero juga menegaskan bahawa beberapa lagi kelab besar di Eropah berminat mendapatkan kliennya itu termasuk Real Madrid. Chelsea harus cepat bertindak sekiranya mereka benar-benar inginkan Neymar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment