Adrian Lopez merangkul anugerah Kasut Emas kejohanan |
Sunday, 26 June 2011
Sepanyol Juara Kejohanan EURO Bawah 21 Tahun
Sepanyol menunjukkan bahawa mereka akan berkuasa di arena bolasepak antarabangsa untuk tempoh yang lama lagi apabila pasukan bawah 21 tahun mereka merangkul kejuaraan Euro Bawah 21. Pasukan junior ini menewaskan Switzerland pada perlawanan akhir yang belangsung di Denmark. Gol Sepanyol dijaringkan oleh pemain tengah, Ander Herrera dan Thiago Alcantara.
Ini merupakan kejuaraan ketiga Sepanyol dalam kejohanan peringkat Eropah ini. Lebih membanggakan apabila salah seorang pemain mereka, Adrian Lopez memenangi kasut emas kejohanan dengan 5 gol. Rata-rata pemain yang mewakili skuad Sepanyol beraksi di Liga Sepanyol dan sebahagian dari mereka sudah terkenal. Antaranya adalah penyerang Barcelona, Bojan Krkic; pemain tengah valencia, Juan Mata; penjaga gol Atletico Madrid yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United, David De Gea dan seorang lagi pemain Barca, Jeffren.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment